.

Join Kotak Hati

Friday, June 25, 2010

Andai aku bersuara

Akulah sebatang kara
Dan tiada tempat bercerita
Segalanya ku diamkan saja
Maka hati pun mulalah berkata-kata

Andainya ku bersuara
Tak bererti aku melindungi
Dan mencari kelemahan diri
Bukan juga untuk ku mengharapkan simpati

Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula

Yang putih pada mu sama
Kau keliru tak dapat bezakan
Pada zahir sama yang dilihat
Begitulah aku cuba mengibaratkan

Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula

Ku cari rindu
Entah bila rindu kembali menjelma

Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula

Ku pujuk hati
Tak usah sayu
Biarkanlah semuanya berlalu

aku pastekan lagu LIZA HANIM-Andai Aku Bersuara...khas buat korang semua..dari dulu, aku suka lagu nih..jangan tanya kenapa..juz korang hayati dan pahamkan..

perasan tak? bila kita dituduh buat sesuatu yang kita tak buat, kita pasti nak bela diri kita..
tapi kadang-kadang orang menjadikan itu semua alasan.. dah salah, nak bela-bela diri pula..entahlah..hanya orang yang ada dalam keadaan itu je yang paham...macamnilah, jangan terus menuduh tanpa bukti..jangan terus mengambil kata-kata orang lain tanpa bertanya empunya diri..jika kita tidak tahu, jangan terus membenci..

have a nice day...nice jumaat frennzz...!!



No comments: